Wednesday, January 28, 2015

Yamtuan Antah pahlawan Negeri Sembilan 

  • Nama : Tunku Laksamana Antah ibni Almarhum Raja Jadin
  • Jawatan : Yamtuan Seri Menanti
  • Wilayah Jajahan : Terachi , Ulu Muar , Gunung Pasir dan                              Jempol
  • Pemerintah kelapan bagi kawasan Seri Menanti
  • Mangkat pada tahun 1888 di Johor Tanah Air nya sendiri.


Faktor Penentangan
Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong yang menandatangani perjanjian dengan British
Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong
Hubungan antara Yamtuan Antah dan Dato' Kelana bertambah runcing apabila Dato' Kelana mengisytiharkan wilayah Terachi sebagai haknya  
Pengisytiharan itu dibantah Yamtuan Antah kerana menggangap Terachi sebagai sebahagian daripada jajahan Seri Menanti .
Residen British di Sungai Ujong 
( P.J Murray ) menghantar tentera dan juruukur untuk membuat siasatan
Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah
Berlaku pertikaian antara kedua-duanya dan tercetusnya pertempuran
Kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh ;
  1.    Dato' Siamang Gagap
  2.    Tengku Besar Tampin
  3.    penduduk Rembau , Jelebu dan Johor
žDisember 1875 - Pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi apabila dibantu oleh tentera NNS
    ( Negeri-Negeri Selat
British berjaya menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan tentera NNS .
Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor . 

Kesan Penentangan
Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British , namun begitu , ianya tidak dipersetujui oleh Dato' Siamang Gagap.
Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor NSS Iaitu William Jervois.
 Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

British berpeluang meluaskan pengaruh di Negeri Sembilan.

Tuesday, January 13, 2015

DOL SAID PAHLAWAN NANING

(Gambar  lakaran)

Latar Belakang :
•Nama sebenar beliau Abdul Said.
•Beliau lahir pada tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka, berasal dari suku Semelenggang.
•Beliau adalah penghulu Naning yang kesembilan.
•Dol Said mula belajar ilmu mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun.
• Beliau seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati orang ramai.
•Beliau dilantik sebagai Penghulu Naning meng-gantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 semasa berumur 26 tahun.
•Penentangan Dol Said berpunca apabila pihak British meminta Naning memberi satu per sepuluh daripada hasil pertaniannya.
•Dol Said enggan tunduk kerana menganggap Naning negeri yang merdeka.

                                                    Faktor Penentangan

A)Mempertahankan Kemerdekaan Naning 
  • 1824 British dan Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda
  • dalam perjanjian itu Melaka diserahkan kepada British
  • British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka
  • British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan Melaka
  • dakwaan British tidak dapat diterima oleh Penghulu Dol Said dan rakyat Naning

B)       Menentang Pelaksanaan Undang-Undang British

  • British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said
  • Peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes-kes jenayah
  • tahun 1828 Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di naning
  • Dol Said diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British

C)        Menentang Bayaran Cukai

  • melalui Undang-Undang 1830 British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran pertanian
  • arahan dibuat selepas British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan 


                                           Peristiwa Penentangan

15 Julai 1831 British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka.
British menghantar seramai 150 orang Sepoi yang diketuai Kapten Wyllie untuk menyerangnya.
British berjaya ditewaskan.
Dol Said berjaya kerana menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar.
Turut membantu ialah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau yang menghantar pasukan bantuan diketuai menantunya Syed Sha’aban.
British sedar Naning sukar dikalahkan
British meminta bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning
Mac 1832 Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning
British berkubu di Alor Gajah untuk melancarkan serangan kedua ke atas Naning
Pakatan British dan Rembau berjaya mengalahkan Naning
Pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar

Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British                              
Kesan Penentangan
British berjaya menyatukan Naning dengan Melaka.
Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka.
British kerugian sebanyak 100 000 paun sterling.
Walaupun orang Naning dgagal dalam perang tetapi berjaya menghidupkan semangat juang di kalangan bangsa Melayu.


Sunday, January 11, 2015


RENTAP- PEJUANG KEBEBASAN BUMI KENYALANG


LATAR BELAKANG
RENTAP IALAH PAHLAWAN IBAN YANG MENENTANG BRITISH DI SARAWAK.
DILAHIRKAN TAHUN 1800.
NAMA ASAL RENTAP IALAH LIBAU YANG BEMAKSUD PENGGONCANG DUNIA.
RENTAP JUGA DIGELAR ‘RAJA DARAT’
MERUPAKAN PEMIMPIN ORANG IBAN DI SUNGAI SKRANG DAN SUNGAI SARIBAS
MENGGUNAKAN KATA SEMANGAT ‘AGI IDUP, AGI NGELABAN’ YANG BERMAKSUD SELAGI HIDUP SELAGI BERJUANG

FAKTOR PENENTANGAN

  • Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun
  •  James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban
  •  tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang mencetuskan kebangkitan Rentap

PERISTIWA PENENTANGAN

Pada tahun 1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
Pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh
  Kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban
Pada tahun 1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap
 Pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu
Perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja Ulu’.
Tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.
Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
.Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh
tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal
kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah
tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok
pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas
James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap
James Brooke menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menentang Rentap
Rentap pula menggunakan sejenis meriam besiBujang Timpang Beranguntuk menentang pasukan Brooke
Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia
Kesan penentangan
kebangkitan Rentap dan pengikutnya untuk membuktikan bahawa mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa.
Semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap.