Wednesday, January 28, 2015

Yamtuan Antah pahlawan Negeri Sembilan 

  • Nama : Tunku Laksamana Antah ibni Almarhum Raja Jadin
  • Jawatan : Yamtuan Seri Menanti
  • Wilayah Jajahan : Terachi , Ulu Muar , Gunung Pasir dan                              Jempol
  • Pemerintah kelapan bagi kawasan Seri Menanti
  • Mangkat pada tahun 1888 di Johor Tanah Air nya sendiri.


Faktor Penentangan
Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong yang menandatangani perjanjian dengan British
Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong
Hubungan antara Yamtuan Antah dan Dato' Kelana bertambah runcing apabila Dato' Kelana mengisytiharkan wilayah Terachi sebagai haknya  
Pengisytiharan itu dibantah Yamtuan Antah kerana menggangap Terachi sebagai sebahagian daripada jajahan Seri Menanti .
Residen British di Sungai Ujong 
( P.J Murray ) menghantar tentera dan juruukur untuk membuat siasatan
Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah
Berlaku pertikaian antara kedua-duanya dan tercetusnya pertempuran
Kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh ;
  1.    Dato' Siamang Gagap
  2.    Tengku Besar Tampin
  3.    penduduk Rembau , Jelebu dan Johor
žDisember 1875 - Pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi apabila dibantu oleh tentera NNS
    ( Negeri-Negeri Selat
British berjaya menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan tentera NNS .
Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor . 

Kesan Penentangan
Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British , namun begitu , ianya tidak dipersetujui oleh Dato' Siamang Gagap.
Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor NSS Iaitu William Jervois.
 Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

British berpeluang meluaskan pengaruh di Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment