DOL
SAID PAHLAWAN NANING
(Gambar lakaran)
Latar Belakang :
•Nama sebenar beliau
Abdul Said.
•Beliau lahir pada tahun 1773
di Naning, Alor
Gajah, Melaka, berasal dari suku Semelenggang.
•Beliau adalah penghulu Naning yang
kesembilan.
•Dol Said
mula belajar ilmu mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun.
• Beliau seorang yang
tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati
orang ramai.
•Beliau dilantik sebagai Penghulu Naning meng-gantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799
semasa berumur 26 tahun.
•Penentangan Dol Said
berpunca apabila pihak
British meminta Naning memberi satu per sepuluh daripada hasil pertaniannya.
•Dol Said
enggan tunduk kerana menganggap Naning negeri yang
merdeka.
Faktor Penentangan
A)Mempertahankan Kemerdekaan Naning
- 1824 British dan Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda
- dalam perjanjian itu Melaka diserahkan kepada British
- British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka
- British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan Melaka
- dakwaan British tidak dapat diterima oleh Penghulu Dol Said dan rakyat Naning
B)
Menentang Pelaksanaan Undang-Undang British
- British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said
- Peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes-kes jenayah
- tahun 1828 Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di naning
- Dol Said diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British
C)
Menentang Bayaran Cukai
- melalui Undang-Undang 1830 British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran pertanian
- arahan dibuat selepas British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan
Peristiwa Penentangan
•15
Julai 1831
British mengisytiharkan Dol Said
sebagai penderhaka.
•British
menghantar seramai 150
orang Sepoi yang
diketuai Kapten
Wyllie untuk menyerangnya.
•British
berjaya ditewaskan.
•Dol Said berjaya kerana menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan daripada Seri
Menanti,
Sungai Ujong, Johol dan Muar.
•Turut membantu ialah Yamtuan Muda Raja
Ali dari Rembau yang
menghantar pasukan bantuan diketuai menantunya Syed
Sha’aban.
•British
sedar Naning sukar dikalahkan
•British
meminta bantuan Yamtuan Muda Raja
Ali dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600
orang hulubalang untuk menyerang Naning
•Mac
1832 Kolonel
Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning
•British
berkubu di Alor
Gajah untuk melancarkan serangan kedua ke atas Naning
•Pakatan British
dan Rembau berjaya mengalahkan Naning
•Pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar
•Dol Said berundur ke Seri
Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British
Kesan Penentangan
•British
berjaya menyatukan Naning dengan Melaka.
•Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka.
•British
kerugian sebanyak 100
000 paun sterling.
•Walaupun orang
Naning dgagal dalam perang tetapi berjaya menghidupkan semangat juang di kalangan bangsa Melayu.
No comments:
Post a Comment